TIPS mudah bagaimana nak komunikasi ketika di Jepun

20120913wh0234_3x2__simage

Untuk survive di Jepun, jika kita tidak terlalu mahir dalam Bahasa Jepun, tidaklah menjadi suatu masalah besar kerana kebanyakan penduduk Jepun masih boleh berkomunikasi dengan kita secara bahasa isyarat. Mungkin ini adalah salah suatu kelebihan untuk kita sebagai orang asing untuk survive jika ditakdirkan duduk di sana. Namun begitu, ia bukanlah satu tiket khas untuk kita mengelak daripada untuk tidak bercakap bahasa Jepun langsung. Mungkin dengan 10 perkataan berikut boleh kita gunakan sebagai panduan kepada kita bagi membolehkan kita hidup dengan aman di sana.

Teknik Bahasa Jepun Perkataan

  1. Sumimasen – Yang bermaksud excuse me atau maafkan saya. Digunakan ketika kita hendak memulakan bicara atau memohon maaf sekiranya kita melakukan kesilapan yang sengaja atau tidak disengajakan

  2. Wakarimasen – Selalunya kita gunakan ini jika kita langsung tidak memahami apa yang dituturkan oleh orang Jepun kepada kita. Ini bermaksud saya tidak tahu atau tidak faham

  3. Daijyoubu _ Bermaksud OK atau tidak mengapa. Selalunya kalau kita pergi membeli atau berjumpa dengan seseorang yang menawarkan kita untuk membeli sesuatu, katakan sahaja daijyoubu supaya perbualan tidak terlalu meleret-leret

  4. Shirimasen – Membawa maksud yang lebih kurang sama dengan wakarimasen. Yang ini bermaksud tidak tahu

  5. Onegai shimas – Membawa maksud mintak tolong. Apabila kita sudah selesai dalam sesuatu perbualan atau urusan, kita akan ucapkan perkataan ini walaupun kadang kala bukanlah bermaksud kita nak meminta tolong pada orang tersebut. Lebih kepada budaya

  6. Shitsurei shimas – Apabila ingin beredar dan meminta diri, kita akan ucapkan perkataan ini sebagai tanda kita ingin pergi

  7. Tabemas – Bermaksud makan. Penting kerana kita perlu tahu untuk ucapkan perkataan ini apabila hendak makan

  8. Ikura – Membawan maksud berapa. Apabila kita pergi membeli, kita perlu tahu bertanya berapakah harga barang tersebut. Cukup sekadar ikura

  9. Nihonggo – Bermaksud bahasa Jepun. Sekiranya kita ini adalah orang asing, penting untuk mengetahui bahawa nihonggo itu bermaksud Bahasa Jepun. Apabila ditahan polis, ucapkan sahaja Nihonggo wakarimasen yang bermaksud saya tidak tahu bahasa jepun

  10. Arigatou gozaimasu – Terima kasih. Ucapan yang paling penting diucapkan setiap kali berurusan dengan orang jepun. Tamatkan juga dengan arigatou gozaimasu sebelum berpisah

Nota : Untuk anda yang berminat untuk mempelajari dan menguasai komunikasi Bahasa Jepun dalam masa yang singkat boleh dapatkan ebook khas teknik  Bahasa Jepun yang kini semakin mendapat sambutan hebat di pasaran. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang asas dalam Bahasa Jepun sekalipun, tetapi mempunyai kebolehan untuk menghafal perkataan -perkataan seperti di atas, tidak mustahil untuk kita mampu survive dan menjalankan kehidupan normal di Jepun. Gunakan perkataan – perkataan di atas kena dengan situasinya, pasti kita mampu untuk berkomunikasi walaupun tidak perfect, tetapi apa yang cuba kita sampaikan boleh difahami oleh orang Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *