Nakkan Gaji Tinggi? 10 Sebab Ini Boleh Membuka Mata Anda

NRT Shinjuku Tokyo - businesspeople crossing street near Shinjuku Station 3008x2000

Tahukah anda bahawa orang yang mampu berbahasa Jepun dibayar sangat tinggi di Malaysia? Apakah keistimewaan penterjemah Bahasa Jepunberbanding bahasa-bahasa lain di Malaysia? Semua ini adalah soalan-soalan yang pastinya akan bermain di pemikiran kita jika kita tidak mengetahui hakikat sebenar kelebihan bahasa Jepun ini.

Memang tidak dinafikan, ada beratus bahasa lain di dunia ini yang boleh kita pelajari untuk kegunaan harian kita. Tetapi, kita juga perlu sedar, selain daripada mempelajari sesuatu bahasa itu untuk keseronokan, apakah kelebihan yang boleh kita perolehi dengan menguasai bahasa tersebut. Dengan menguasai banyak bahasa, secara tidak langsung kita akan mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain.

profits2

Ada banyak syarikat, organisasi dan permintaan untuk mereka yang mampu berbahasa Jepun di Malaysia. Permintaan sentiasa ada tetapi mereka yang mampu berbahasa Jepun sangat kurang di Malaysia. Berikut disenaraikan 10 sebab kenapa mereka yang mampu berbahasa Jepun akan dibayar tinggi berbanding bahasa lain;

  1. Rakyat Jepun hanya mahu berkomunikasi dalam Bahasa Jepun sahaja – Kebanyakan urusan dan manual yang melibatkan negara Jepun, majoriti ditulis dalam Bahasa Jepun. Kebanyakan rakyat Jepun tidak mahu urusan dijalankan dalam bahasa lain selain Jepun

  2. Banyak syarikat utama Jepun sanggup membayar tinggi untuk terjemahan bahasa lain ke Bahasa Jepun – Syarikat-syarikat utama Jepun ini mahu keaslian terma dan manual syarikat mereka dikekalkan dalamBahasa Jepun

  3. Penutur bahasa Jepun memahami budaya dan cara kerja orang Jepun – Kebanyakan budaya dan cara kerja orang Jepun agak kurang difahami oleh orang asing. Hanya mereka yang memahami Bahasa Jepun dan budaya Jepun sahaja tahu bagaimana mereka bekerja.

  4. Negara Jepun antara pemegang utama ekonomi dunia – Jepun merupakan salah sebuah negara utama ekonomi dunia, secara tidak langsung,memahami bahasa mereka membolehkan urusan perniagaan dijalankan dengan lebih baik

  5. Banyak syarikat utama Jepun melabur di Malaysia – Kebanyakan syarikat-syarikat gergasi Jepun ini memerlukan penterjemah yang mampu menghubungkan antara mereka dan penduduk tempatan.

  6. Tulisan dan tatabahasa Jepun sangat berbeza dengan bahasa Inggeris dan Malaysia- Bahasa Jepun sendiri mempunyai 3 jenis tulisan berbeza dan tidak menggunakan abjad. Kebolehan untuk memahami bentuk tulisan dan komunikasi yang berbeza menjadikan kita lebih unik dan hebat

  7. Kebanyakan teknologi terkini dan bahan datang dari Jepun – Negara Jepun merupakan salah sebuah negara yang sering mengeluarkan teknologi dan ciptaan baru yang menjadi kegunaan seluruh dunia. Memahami Bahasa Jepun secara tidak langsung membuka ruang untuk memahami ilmu negara Jepun secara terus

  8. Dasar kerajaan yang mengutamakan kerjasama dari Jepun – Dasar kerajaan melalui ‘Dasar Pandang Ke Timur’ banyak memberikan ruang untuk kerjasama yang lebih erat antara Jepun dan Malaysia serta memberikan ruang perniagaan yang lebih besar antara 2 negara

  9. Nilai matawang yen yang tinggi berbanding ringgit- Mungkin kita tidak tahu,kebanyakan syarikat atau individu yang ingin menggunakan khidmat penterjemah dari Malaysia, akan membayar mengikut nilai yen. Matawang yen adalah hampir 3.5 kali ganda lebih tinggi berbanding ringgit. Harga bayaran secara purata untuk penterjemah adalah RM35 sejam. Bayangkan berapa nilai bayaran yang boleh kita perolehi untuk sehari.

  10. Tidak ramai mampu berbahasa Jepun – Hakikatnya bahawa permintaan yang tinggi untuk orang yang mampu berbahasa Jepun tetapi tidak ramai yang ada dalam pasaran. Hal ini menyebabkan sesiapa yang mempunyai kebolehan ini boleh ‘demand’ untuk meletakkan harga yang tinggi bagi perkhidmatan mereka.

Nota : Untuk anda yang berminat untuk mempelajari dan menguasai komunikasi Bahasa Jepun dalam masa yang singkat boleh dapatkan ebook khas teknik  Bahasa Jepun yang kini semakin mendapat sambutan hebat di pasaran. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *