Nak Sihat? Follow Tips Pemakanan Jepun Ini Untuk Kekal Bertenaga

japanese-921331_960_720

Tentu kita kadang kala tertanya- tanya bagaimana resepi masakan dan makanan untuk makanan-makanan utama di Jepun yang sering mereka hidangkan setiap hari. Ini bukan apa, berdasarkan kajian, sudah terbukti kebanyakan rakyat Jepun kekal hidup sihat dan bertenaga untuk tempoh yang lama. Ada sebilangan besar rakyat Jepun yang walaupun sudah berusia lebih daripada 80 tahun masih lagi gagah dan boleh mengembara seluruh Jepun menaiki keretapi seorang diri !

Makanan

Sebenarnya, selain daripada gaya hidup sihat yang diamalkan oleh mereka di mana sering berjalan kaki dan menaiki basikal, salah satu rahsia paling utama adalah pada resepi masakan dan makanan yang ada pada makanan harian mereka. Setiap hari, mereka akan makan makanan yang sarat dengan zat dan gizi seimbang. Kita ambil contoh untuk set makan tengahari yang sering diambil oleh orang Jepun ;

1) Semangkuk Nasi

2) Satu set ikan tempura

3) Sayur

4) Tofu

5) Miso Shiro

6) Air kosong / teh hijau ocha

Makanan jepun

Ini adalah satu set lengkap makanan tengahari yang biasa di Jepun. Resepi makanan yang disediakan sebenarnya sangat mudah. Untuk menyediakan set ikan tempura itu, hanya perlu dicelup dengan tepung tempura dan digoreng di dalam minyak. Manakala sayur yang disediakan sebenarnya adalah sayur mentah sahaja. Sayur ini akan dicampurkan dengan mayonis atau cuka untuk menambahkan perasa dan tidak digoreng. Miso shiro pula adalah sup rumpai laut yang mesti ada setiap kali waktu makan. Miso Shiro ini adalah sup yang akan diminum setiap kali habis makan. Miso Shiro ini adalah sup yang banyak khasiatnya kerana mengandungi zat-zat dari rumpai laut dan mampu untuk mencegah penyakit. Satu yang paling menarik adalah minuman yang diambil. Rata- rata rakyat Jepun hanya akan mengambil air kosong atau teh hijau. Dua minuman ini adalah minuman yang tidak bergula. Teh hijau contohnya adalah teh yang sangat pahit dan tidak langsung mengandungi gula. Rata-rata kita rakyat Malaysia memang tak sanggup untuk makan makanan Jepun ini kerana tidak banyak mengandungi garam dan gula dalam masakan dan minuman!

Walaupun pada rasa kita makanan tersebut tak kena dengan tekak kita, tapi itulah hakikatnya. Makanan yang sihat dan baik untuk kita ini sebenarnya memang tidak sedap pada tekak. Makanan yang kurang garam dan minuman tidak bergula adalah contoh set makanan yang terbaik. Tepuk dada, tanya selera apakah yang terbaik untuk kita.

Nota : Untuk anda yang berminat untuk mempelajari dan menguasai komunikasi Bahasa Jepun dalam masa yang singkat boleh dapatkan ebook khas teknik  Bahasa Jepun yang kini semakin mendapat sambutan hebat di pasaran. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Jadi, resepi masakan bangsa Jepun ini tidaklah sesusah mana sebenarnya untuk kita applykan. Ini kerana, tidak terlalu banyak perasa yang perlu dicampurkan. Yang penting , ini adalah resepi ke arah kesihatan untuk kita !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *