Fakta menarik tentang Bahasa Jepun yang mengejutkan anda

2016-nissan-gtr-black-edition-sports-car-driving-in-snow-pearl-white

Ada banyak perkara asas yang perlu kita tahu sebelum mula belajar bahasa Jepun. Bahasa Jepun itu sendiri adalah satu bahasa yang unik dan sangat cantik bahasanya. Terdapat lebih kurang 120-130 juta penduduk yang menetap di Jepun, dengan hampir 99% populasi menggunakan bahasa tersebut. Tetapi, Bahasa Jepun tidak digunakan secara meluas di luar Jepun, hanya di beberapa bahagian di seluruh dunia seperti Hawaii, rakyat Jepun di Amerika, orang Cina atau Korea yang pernah hidup di zaman pemerintahan Jepun dahulu kala.

Fakta-Menarik-Tentang-Negara-Terbit-Matahari-Jepun

Asal usul Bahasa Jepun itu sendiri dipercayai berasal daripada Bahasa Altaic seperti Turki dan Monggol. Ada juga sedikit persamaan antara Bahasa Jepun dan juga Bahasa Korea. Ada juga yang percaya Bahasa Jepun itu mempunyai persamaan dengan bahasa Malayo-Polynesian.

Majoriti perkataan dalam Bahasa Jepun sebenarnya berasal daripada Bahasa Cina. Tulisan Bahasa Jepun itu sendiri ada 3 jenis iaitu ;

  1. Kanji ( tulisan berdasarkan karekter Cina)

  2. Hiragana

  3. Katakana

260px-Hanzi.svg

Tulisan kanji mengandungi beribu karekter dan perkataan daripada tulisan Cina. Tulisan ini digunapakai dan disesuaikan dengan bunyi dan maksud dalam Bahasa Jepun. Walaupun ada perkataan-perkataan dalam tulisan kanji itu membawa maksud yang sama dalam Bahasa Cina, tetapi bunyi dan cara sebutannya sangat berbeza. Tulisan kanji ini diperkenalkan antara kurun ke- 5 dan ke-6. Ada terdapat lebih kurang 48,000 karekter kanji tetapi yang biasa digunakan hanyalah sekitar 5,000 ke 10,000 sahaja.

Tulisan hiragana dan katakana digunakan untuk membunyikan tulisan kanji. Sebagai contoh, “家” bermaksud rumah berbunyi “iie” akan ditulis sebagai ”いえ” dalam hiragana dan ”イエ” dalam katakana. Tulisan hiragana selalunya akan digunakan untuk mengeja perkataan-perkataan asal dalam Bahasa Jepun. Manakala tulisan katakana digunakan untuk mengeja perkataan-perkataan yang bukan dalam Bahasa Jepun seperti nama kita dan nama negara lain. Kedua-dua tulisan ini mengandungi lebih kurang 48 karekter. Kedua- tulisan hiragana dan katakana ini adalah lebih mudah untuk ditulis berbanding tulisan kanji kerana tidak terlalu banyak ‘stroke’ atau garisan yang perlu ditulis. Mempelajari tulisan hiragana dan katakana sama seperti kita menghafal ‘alphabet’ A,B,C.

Cara sebutan dalam Bahasa Jepun juga berbeza seperti kita bercakap dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Sebutan dan komunikasi dalam Bahasa Jepun mempunyai nada yang berirama. Turun naik intonasinya sangat drastik seolah-olah macam kita bernyanyi. Ekspresi sebutan dan komunikasi juga sangat mendalam bergantung dengan topik yang kita bualkan. Penuh dengan emosi dan semangat.

Ada banyak cara untuk belajar Bahasa Jepun. Sebelum mula belajar, kita perlulah mempunyai minat dengan negara, rakyat, bahasa dan budaya Jepun itu sendiri. Anda juga boleh mendaftar dengan mana-mana institusi atau kelas persendirian yang menawarkan kursus Bahasa Jepun. Ada juga beberapa program pembelajaran Bahasa Jepun secara online ditawarkan. Tetapi, kebanyakan kursus yang ditawarkan ini agak mahal, mengambil masa dan memerlukan dedikasi di samping menggunakan medium dalam Bahasa Inggeris. Melalui kaedah dan juga program ebook Teknik Bahasa Jepun, harga yang ditawarkan adalah sangat rendah berbanding pasaran dan medium perantaraan juga adalah dalam Bahasa Jepun. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini, boleh klik di SINI.

Jadi, untuk memulakan langkah awal mempelajari Bahasa Jepun ini, perkara-perkara asas ini patut kita ketahui terlebih dahulu untuk membolehkan kita membuat persediaan awal tentang bagaimana cara yang terbaik untuk meluangkan masa kita untuk belajar Bahasa Jepun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *