Ehh, Tulis Kamus Pun Boleh Buat Duit Banyak?

Meja

Kalau difikirkan, agak kurang logik jika kita katakan kamus boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan. Bagaimana dengan menggunakan atau menerbitkan kamus boleh kita jadikan sebagai pendapatan? Sebelum apa-apa, mari kita lihat serba sedikit tentang kamus.

 

 kamus-keuangan

Kamus Bahasa yang menterjemahkan dari satu Bahasa lain ke Bahasa lain sangat meluas digunakan terutamanya di fakulti-fakulti utama Bahasa baik di sekolah, universiti ataupun institusi-institusi Bahasa yang lain. Suatu waktu dahulu, kebanyakan pelajar akan menggunakan kamus yang tebal dimana lengkap dengan ejaan sebutan, penggunaan dan contoh. Kamus yang paling terkenal adalah ‘Oxford Dictionary’ yang akan menterjemahkan perkataan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa-bahasa lain di dunia.

Kini, penggunaan kamus bukan sahaja terhad dalam buku bercetak sahaja lagi, kita sudah mempunyai banyak kamus online. Sudah tentu salah satu kamus terkenal online yang sering kita cari dan gunakan adalah ‘Google translate’. Aplikasi ini sangat mudah kerana kita Cuma perlu menaip sahaja perkataan atau ayat yang kita mahu terjemahkan ke Bahasa lain. Sebagai contoh, kita taip sahaja perkataan ‘buku’, kita boleh terjemahkan perkataan itu ke Bahasa lain yang ada dalam pilihan Google Translate. Tapi harus diingat, bukan semua perkataan atau ayat yang diterjemahkan melalui Google Translate tepat 100%. Ada juga yang tidak tepat. Jadi kita harus merujuk juga kamus yang tepat dan sudah diiktiraf ketepatannya oleh Linguistik Bahasa.

Salah satu kamus online yang terbaik untuk menterjemahkan Bahasa Inggeris ke Bahasa Jepun dan sebaliknya adalah www.alc.co.jp. Website ini sememangnya menawarkan terjemahan perkataan dan Bahasa yang mempunyai ketepatan hampir 100%. Terutamanya perkataan yang melibatkan teknikal. Tapi sayangnya, website ini cuma menawarkan terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Jepun dan sebaliknya sahaja. Tiada dalam Bahasa Malaysia.

 kamus

Jadi, apa yang kita boleh lakukan? Setakat ini, di pasaran tidak banyak kamus yang menawarkan terjemahan perkataan dari Bahasa Jepun ke Bahasa Malaysia dan sebaliknya. Masih banyak lagi ruang yang boleh kita isi untuk menawarkan penerbitan seumpama ini. Begitu juga dengan kamus online, walaupun mempunyai pesaing, tidak salah sekiranya untuk kita menawarkan servis kamus online untuk terjemahan Bahasa Jepun ke Bahasa Malaysia dan sebaliknya. Pastikan peranti atau aplikasi yang kita tawarkan itu tepat hamper 90% ke atas. Dengan itu, kredibiliti kita akan terserlah dan orang ramai akan menggunakan perkhidmatan kita tanpa ragu-ragu.

Dengan menerbitkan penerbitan buku kamus seperti ini, pastinya akan menambahkan lagi pilihan orang ramai serta menambahkan minat untuk mempelajari Bahasa Jepun. Apabila kita mensasarkan peluang perniagaan yang mudah dan masih lagi tidak diterokai ramai, peluang kita juga akan semakin banyak. Sekiranya kita tidak mengetahui langsung Bahasa Jepun pun sebenarnya masih lagi boleh kita ceburkan diri dalam aktiviti seperti ini dengan memulakan inisiatif untuk mempelajari Bahasa Jepun. Pelajari Bahasa Jepun tidak sesukar seperti yang disangkakan, Cuma perlu menggunakan teknik dan bimbingan yang betul seperti disini. Jadi, kita boleh memulakan langkah atau usaha untuk menerbitkan kamus versi kita pula selepas ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *