Apa Yang Bagusnya Tau Bahasa Jepun Ni ?

Study

Dalam kehidupan seharian kita, Bahasa Jepun memang tidak didedahkan secara menyeluruh dalam penggunaan harian kita. Negara kita memang lebih banyak didedahkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris dalam setiap urusan khusus. Tetapi, tahukah anda, bahawa dengan menguasai Bahasa Jepun, kita sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan orang lain yang tidak dapat bertutur dalam bahasa tersebut.

Fuji

Jika kita lihat, sebenarnya ada banyak pengaruh barangan dan teknologi dari negara Jepun dalam kehidupan seharian kita. Paling ketara sekiranya kita terlibat dalam industri pembuatan, automotif, dan juga semikonduktor, negara Jepun merupakan antara negara terbesar mengeluarkan barangan yang berkaitan dengan industri tersebut.Antara keistimewaan paling utama sekiranya kita dapat memahami dan boleh bertutur dalam Bahasa Jepun ;

  1. Kita akan memahami teknologi dan panduan secara terus dari Jepun. – Sebenarnya memang tidak dapat dinafikan, sekiranya kita boleh mamahami secara terus sesuatu panduan dalam Bahasa Jepun, kita tidak akan tertinggal sebarang maklumat penting yang mungkin akan hilang maksudnya apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu

  2. Bahasa Jepun akan menjadikan kita lebih berdisiplin – Mungkin bagi sesetengah pihak akan berkata ini suatu perkara yang mustahil tetapi itu adalah hakikatnya. Apabila kita mempelajari Bahasa Jepun, secara automatiknya kita akan mempelajari budaya dan cara hidup orang Jepun. Majoriti rakyat Jepun sangat mementingkan ketepatan masa. Bagi mereka, untuk berjaya, kita mesti menghargai setiap masa yang ada. Kebanyakan perkataan dan ayat dalam Bahasa Jepun ada ditekankan hormat menghormati dan disiplin masa.

  3. Mampu untuk menjana pendapatan lumayan – Sedar atau tidak, permintaan untuk penterjemahan dan individu yang mampu untuk bertutur dalam Bahasa Jepun sangat tinggi ketika ini di Malaysia. Banyak syarikat sanggup untuk mengeluarkan belanja yang tinggi hanya untuk mengupah pihak lain melakukan penterjemahan dari Bahasa Jepun ke Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Peluang perniagaan dengan syarikat dari Jepun sangat tinggi di Malaysia di mana ada lebih dari 2,000 syarikat gergasi dari Jepun yang menjalankan perniagaan di Malaysia.

Untuk mempelajari Bahasa Jepun, bukanlah satu perkara yang boleh dipelajari dalam sehari dua tetapi tidak mustahil untuk menguasai kemahiran komunikasi dalam masa yang singkat. Ini kerana, saya telah menemui ramai individu yang pada asalnya sangat tidak berkeyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Jepun tetapi akhirnya mampu untuk menguasai bahasa tersebut dalam masa yang singkat sahaja. Ada banyak institusi atau pakar yang mampu untuk memberikan panduan bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut. Untuk rujukan boleh klik disini. Berdasarkan daripada apa yang ditulis di atas, anda mempunyai gambaran secara kasar tentang kelebihan menguasai Bahasa Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *