8 sebab kenapa anda perlu ke Tokyo walaupun sekali seumur hidup !

Tokyo

Tokyo merupakan salah sebuah bandar utama di dunia serta mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi. Pada asalnya, saya menjangkakan Tokyo adalah sebuah bandar yang sangat pesat dengan teknologi moden serta sebuah bandar contoh futuristik seperti yang kita selalu bayangkan. Tetapi, ternyata sebenarnya ada beberapa perkara yang menarik tentang Tokyo yang sebenarnya kita tak sedar selama ini kewujudannya. Berikut adalah 9 fakta menarik tentang Tokyo :

  1. Terlalu padat dengan penduduk tetapi ruang yang kecil – Terdapat hampir 35 juta orang penduduk di Tokyo sahaja, dan ini menjadikan bandar Tokyo merupakan bandar metropolitan paling besar di dunia. Namun begitu, jumlah yang ramai ini terpaksa sengsara akibat ruang hidup yang sangat kecil .Tipikal saiz sebuah bilik adalah kira-kira 170 kaki persegi sahaja luasnya di Tokyo!

  2. Terlalu banyak peraturan dan papan tanda larangan yang perlu dipatuhi – Salah satu keunikan hidup di Jepun terutamanya Tokyo adalah disiplin orang ramai untuk mematuhi peraturan.Setiap orang akan mematuhi peraturan yang ada seperti tidak merokok sambil berjalan dan hanya merokok di tempat khas sahaja, ataupun bagaimana menggunakan eskalator, sekiranya kita tidak bergerak ketika menaiki keskalator, kita perlulah berdiri di bahagian kiri supaya orang yang ingin cepat boleh menaiki eskalator di bahagian kanan

  3. Peka dengan fesyen terkini – Ada satu tempat di Tokyo yang dikenali sebagai Harajuku. Kawasan ini terkenal dengan fesyen jalanannya terutama melibatkan cosplay. Di sinilah kita boleh melihat pelbagai ragam dan fesyen terkini berkaitan dengan cosplay, gothic lolitas, punks dan sebagainya.Tokyo

  4. Sangat bersih dan susah nak jumpa sampah – Bunyi seperti tak logik tapi inilah hakikatnya. Tokyo walaupun sebuah bandar metropolitan, tetapi sangat menjaga kebersihan. Di tepi-tepi jalan utama, sangat sukar untuk kita jumpa sampah walaupun kertas kecil ataupun puntung rokok. Ini adalah salah satu perkara yang sangat mengkagumkan saya memandangkan dengan jumlah kepadatan penduduk yang tinggi, mereka masih mampu untuk memelihara kebersihan bandar mereka

  5. Mudah untuk menjumpai makanan yang halal,lazat dan sihat – Sebenarnya, untuk mendapatkan makanan halal dan sihat serta murah di Tokyo sangat mudah. Hinggakan restoran Malaysia pun ada kalau kita nak. Kebanyakan restoran ini menual makanan yang murah harganya serta lazat. Majoriti makanan Jepun adalah berasaskan seafood, jadi tak ada masalah sebenarnya untuk orang Islam mendapatkan makanan

  6. Setiap orang ‘busy’ dengan handphone – Ini adalah fenomena yang kita dapat lihat di mana-mana. Kebanyakan orang akan sibuk bermain dengan handphone masing-masing tak kiralah di mana pun mereka berada samada di dalam keretapi, tepi jalan ataupun semasa menunggu lampu isyarat untuk melintas !

  7. Golongan lelaki sibuk mendandan rambut mengikut trend – Jika dilihat golongan lelaki di Jepun kesemuanya sangat mementingkan fesyen rambut masing-masing terutamanya dari segi warna dan stail. Ada pelbagai jenis rambut boleh dilihat dan kesemuanya sangat pelik kalau kita gayakan di Malaysia ini.

  8. Tandas awam yang sangat bersih dan dilengkapi dengan washlet – Majoriti tandas awam di Jepun sangat bersih serta tempat membuang air besar akan dilengkapi dengan washlet. Washlet ini adalah air automatik yang akan membasuh kemaluan kita apabila kita selesaqi membuang air. Apabila kita duduk di mangkuk tandas, suhu mangkuk tandas itu akan berubah samada sejuk ataupun panas mengikut kesesuaian suhu persekitaran. Ini akan memberikan keselesaan untuk kita membuang air. Kebersihan sangat dititikberatkan terutamanya di kawasan tandas

Nota : Untuk anda yang berminat untuk mempelajari dan menguasai komunikasi Bahasa Jepun dalam masa yang singkat boleh dapatkan ebook khas teknik  Bahasa Jepun yang kini semakin mendapat sambutan hebat di pasaran. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Dengan 8 fakta di atas, dapat disimpulkan bahawa sebenarnya Tokyo adalah sebuah bandar yang sangat maju ke hadapan dan boleh kita jadikan contoh terutamanya dalam bab penjagaan kebersihan. Kebanyakan rakyat Jepun sama-sama memelihara kebersihan bandar bersama-sama dan ia bukanlah tanggungjawab majlis perbandaran sahaja. Jika kita boleh mengambil kebaikan daripada apa yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun ini, tak mustahil negara kita juga boleh mencapai tahap kemajuan yang sama seperti negara Jepun juga satu hari nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *