7 skill mudah untuk ‘power’ dalam Bahasa Jepun tanpa perlu pergi ke kelas

IMG_9302

Terdapat banyak cara sebenarnya yang boleh kita gunakan untuk kuasai Bahasa Jepun dalam masa yang singkat. Memang tidak dinafikan, untuk menguasai dan bertutur dalam Bahasa Jepun, sebenarnya memerlukan keazaman dan semangat yang tinggi dalam diri. Ini kerana, struktur ayat dan tulisan dalam Bahasa Jepun sememangnya sangat berbeza berbanding Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pengalaman saya sendiri mempelajari Bahasa Jepun sebenarnya banyak halangan dan masalah yang timbul di tengah jalan. Tetapi, apabila timbul minat, sedikit demi sedikit masalah untuk menguasai Bahasa jepun itu semakin hilang. Sehinggakan suatu tahap, saya mampu untuk bertutur dalam Bahasa Jepun tanpa perlu berfikir dahulu apa yang perlu diucapkan. Semuanya secara otomatik!!

images

Seperti dalam post-post yang lepas, ada saya ceritakan tentang kelebihan dan keistimewaan sekiranya kita menguasai Bahasa Jepun ini. Kali ini, saya akan kongsikan sedikit pengalaman bagaiamana untuk kita kuasai Bahasa Jepun ini dengan lebih mudah selain daripada cara belajar di kelas. Berikut adalah antara 7 tips yang boleh kita gunakan untuk kuasai Bahasa Jepun ;

  1. Banyakkan membaca visual bergambar bersama dengan tulisan dan maksud dalam Bahasa Jepun – Sama seperti belajar zaman tadika, dengan membaca kamus bergambar, boleh merangsang ingatan kita berkaitan dengan perkataan dalam Bahasa Jepun

  2. Tampal tulisan dalam Bahasa Jepun beserta cara bacaan, dan maksud di dalam bilik kita – Ini adalah sebagai satu proses mengingat karekter tulisan Jepun, maksud serta bacaannya.

  3. Banyakkan menonton drama,anime atau filem Jepun – Proses ini juga sangat penting sebagai satu langkah ‘familiar’ dengan gaya sebutan, cara penuturan dan juga lenggok bahasa Jepun itu sendiri

  4. Sertai online atau offline group yang sama-sama belajar kuasai Bahasa Jepun – Apabila kita menyertai ‘support group’ yang mempunyai matlamat yang sama untuk menguasai Bahasa Jepun, adalah mudah untuk kita merasai sendiri suasana pembelajaran beramai-ramai. Setiap ahli pastinya akan bertukar-tukar pendapat dan tips bagaimana untuk menguasai Bahasa Jepun dengan lebih pantas

  5. Ikuti perkembangan maklumat tentang perkara yang kita minat berkaitan dengan Jepun – Dapatkan satu perkara yang kita minat tentang Jepun, contohnya seperti ‘video game’, ikutilah perkembangan tentang perkara tersebut dalam Bahasa Jepun. Apabila kita tidak memahami apa yang diperkatakan, sudah tentunya kita akan berusaha untuk memahamkan perkara tersebut dengan sedaya upaya kerana kita meminati perkara tersebut

  6. Dapatkan kenalan orang Jepun secara online di FB,Twitter atau Linkedin – Apabila kita mempunyai kenalan Jepun yang mampu berbahasa Inggeris di laman sosial, secara otomatiknya kita akan bertukar-tukar pengetahuan dari segi bahasa. Kita boleh mengajar kenalan kita itu bahasa Inggeris dan sebagai gantinya mereka akan mengajar kita Bahasa Jepun pula.

  7. Banyakkan membaca buku tambahan berkaitan dengan penguasaan Bahasa Jepun selain buku teks di dalam kelas – Dapatkan bacaan bantuan tambahan berkaitan dengan penguasaan Bahasa Jepun yang lebih santai penulisannya sebagai rujukan tambahan. Kadangkala kita akan stres dengan membaca buku yang dibekalkan di dalam kelas. Kita boleh mencuba membaca buku bantuan penguasaan Bahasa Jepun yang lain di pasaran sebagai rujukan kita. Apabila kita membaca buku lain yang lebih santai, pendedahan kita dengan teknik-teknik lain bahasa Jepun akan lebih banyak dan memudahkan kita menguasai bahasa itu.

DSCN0751-1024x768

Nota : Untuk anda yang berminat untuk mempelajari dan menguasai komunikasi Bahasa Jepun dalam masa yang singkat boleh dapatkan ebook khas teknik  Bahasa Jepun yang kini semakin mendapat sambutan hebat di pasaran. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Antara tips- tips yang diberikan itu, mungkin kita boleh cuba kalau tak semua sekalipun, sebahagian daripadanya. Ini kerana, pembelajaran bukan hanya di bilik kelas semata-mata. Apabila kita keluar dari kelas, itulah waktu yang paling penting sekali untuk mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Gunakan cara pembelajaran yang lebih santai dan berterusan, pastinya peluang untuk kita kuasai Bahasa Jepun lebih cerah dan mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *