5 teknik khas buatkan orang Jepun suka kita tak sampai 10 minit

Beautiful-Japanese-Girl-with-Kimono-Wallpaper-1024x576

Jika kadang-kadang apabila kita berjalan, ternampak orang Jepun, mungkin kita ingin menegur mereka tetapi tidak tahu bagaimana cara mudah untuk memulakan perbualan dengan orang Jepun. Jangan risau, orang Jepun sebenarnya adalah agak pemalu dan mereka juga sebenarnya ingin mengur kita tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan juga.

Berdasarkan pengalaman saya selama lebih 5 tahun berada di negara Jepun, kebiasaannya orang Jepun akan cuba untuk mengelak berkomunikasi dengan orang asing kerana mereka tidak mahir bercakap dalam Bahasa Inggeris. Mereka juga bimbang, sekiranya terlalu banyak soalan atau perbualan dalam Bahasa Inggeris, mereka akan terperangkap dan akan kelihatan bodoh dalam komunikasi itu.

receptionist-uniform-1-302x189Namun begitu, itu bukanlah bermakna orang Jepun ini sombong. Sebenarnya, walaupun kita tidak tahu berbahasa Jepun sekalipun, kita masih boleh menegur dan berbual dengan orang Jepun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat sahaja!! Walaupun bunyinya nampak pelik, tetapi itulah yang sebenarnya terjadi pada kebanyakan rakan-rakan saya di Jepun dahulu yang tidak tahu berbahasa Jepun. Mereka masih mampu untuk hidup dan menjalankan kehidupan seharian walaupun tidak mengetahui langsung perkataan dalam Bahasa Jepun.

 

Jadi, atas daripada pengalaman dan pemerhatian saya selama itu, saya boleh simpulkan untuk mula menegur orang Jepun tidak sesusah mana. Mungkin boleh gunakan tips-tips seperti di bawah ;

  1. Senyum dan bongkokkan badan sedikit tanda hormat – Ini adalah pergerakan paling penting apabila kita hendak memulakan bicara dengan mana-mana orang Jepun. Ini memberi isyarat bahawa kita mempunyai minat untuk menegur mereka.

  2. Pergi rapat kepada mereka dan katakan “Ogenki deska?” (Apa Khabar) - Ini untuk memulakan perbualan.

  3. Kenalkan diri kita. Watashi wa …… (nama kita ) desu. ( Nama saya….) - Mereka akan membalas dengan memberitahu nama mereka pula

  4. Teruskan dengan topik.. Kyou wa ii tenki desune ( Cuaca harini baik kan)

  5. Tawarkan coklat, gula-gula atau makanan ringan kepada mereka – Sebagai tanda penghargaan dan permulaan pengenalan.

Jika kita mampu untuk melakukan 5 perkara seperti di atas, pastinya kita akan lebih mudah untuk meneruskan komunikasi seterusnya walaupun tidak memahami Bahasa Jepun. Hanya dengan menggunakan bahasa isyarat dan badan sahaja, kadangkala kita boleh memberitahu apa yang kita mahu kepada orang tersebut. Ini kerana, dalam bahasa Jepun, apabila kita berkomunikasi, ekspresi muka dan badan akan turut bergerak bersama dengan apa yang kita sampaikan. Itu sebabnya kebanyakan orang Jepun mampu untuk berkomunikasi hanya dengan menggunakan isyarat dan lenggok badan sahaja.

communicate

Tetapi, harus diingat, tips di atas hanya boleh digunakan sekiranya untuk permulaan sahaja. Apabila kita ingin berkomunikasi dengan lebih mendalam dan fasih lagi dalam Bahasa Jepun, kita perlu untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Salah satu cara terbaik untuk belajar Bahasa Jepun untuk permulaan, boleh dapatkan teknik- teknik khas dan unik dalam ebook Teknik Bahasa Jepun. Teknik yang diajar dalam ebook ini memudahkan kita untuk menguasai komunikasi dalam Bahasa Jepun hanya dalam 10 hari sahaja. Sehari dengan satu teknik sahaja. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan ebook ini, boleh rujuk di SINI.

Sekiranya kita mempunyai peluang untuk berjumpa dengan orang Jepun dan mahu menggunakan tips seperti di atas, boleh gunakan dan lihat sendiri hasilnya bagaimana. Selepas ini, mungkin kita tidak lagi pening bagaimana untuk memulakan perbualan dengan orang Jepun setelah mengetahui tips-tips yang ada ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *