10 Fakta Menarik Tentang Shinkansen ( Bullet Train) Jepun Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

shinkansen_japan
Shinkansen atau bullet train adalah salah satu pengangkutan utama di Jepun yang selalu digunakan oleh rakyat Jepun untuk berulang alik dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Kelajuannya yang laju sangat membantu rakyat Jepun yang tinggal berpuluh atau beratus km dari Tokyo untuk berulang alik bekerja di bandar metropolitan itu.  Malaysia juga ketika ini sedang dalam rangka untuk membina keretapi laju yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.Namun begitu, tahukah anda, terdapat 10 fakta menarik tentang shinkansen atau bullet train di Jepun ini yang sangat menarik yang mungkin anda tidak tahu.

shinkansen_japan

  1. Ketepatan Masa – Kadar kelewatan shinkansen dibandingkan dengan jadual perjalanan hanyalah sekitar 36 saat sahaja. Selalunya kelewatan mungkin disebabkan oleh masalah seperti bencana alam dan sebagainya.
  2. Keselamatan – Selama dalam tempoh 52 tahun shinkansen beroperasi di Jepun, dan membawa lebih daripada 10 billion penumpang, tidak pernah ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan melibatkan shinkansen.
  3. Kelajuan – Maksimum kelajuan ketika operasi dilaporkan sekitar 320 km/j. Tetapi ketika ujian dilaporkan kelajuan pernah diuji sehingga 581 km/j.
  4. Jumlah shinkansen sehari – Secara puratanya lebih kurang 800 buah sehari, bergantung kepada keadaan
  5. Shinkansen Teater – Krew kabin yang akan mencuci shinkansen hanya dalam masa 7 minit sahaja! Mereka akan mencuci shinkansen ketika shinkansen berhenti di perhentian menunggu penumpang.
  6.  Pencipta shinkansen – Dicipta oleh slah seorang jurutera yang bekerja di stesen keretapi Jepun, Hideo Shima. Pada asalnya beliau ingin mencipta keretapi yang mempunyai keselesaan seperti menaiki kapal terbang. Hasil daripada penyelidikan yang rapi, maka tercipatalah shinkansen
  7. Makanan – Tidak menjadi satu kesalahan untuk makan di dalam shinkansen. Memang ada disediakan meja di bahagian tempat duduk kita untuk makan
  8. Tiket diskaun – Hanya disediakan untuk pelancong sahaja. Promosi ini selalunya ada pada musim-musim cuti. Dengan hanya 10,000 yen, kita boleh menaiki shinkansen ke mana sahaja tanpa ada limit!
  9. Nama - Antara nama – nama shinkansen yang ada termasuklah Kodama ( echo), Hikari ( cahaya) dan Nozomi ( Harapan ). Nama – nama ini semuanya dipilih daripada cadangan lebih daripada 560,000 nama oleh orang ramai.
  10. Suara pengumuman – Setiap kali pengumuman dalam shinkansen dibuat, suara wanita yang digunakan untuk versi Bahasa Inggeris adalah Donna Burke, penyanyi dari Australia yang sering meminjamkan suaranya untuk animasi TV dan juga iklan
Nota : Untuk anda yang berminat untuk mempelajari dan menguasai komunikasi Bahasa Jepun dalam masa yang singkat boleh dapatkan ebook khas teknik  Bahasa Jepun yang kini semakin mendapat sambutan hebat di pasaran. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. 
 Jadi, dengan fakta – fakta di atas, bolehlah kita jangkakan kehebatan, kelajuan dan juga kebaikan sistem shinkansen ini jika dilaksanakan di Malaysia pula !

3 Comments

  1. Saya mmng dah lama teringin nak naik shinkansen..tp tak pernah ada pengalaman tu..

  2. Mcm mne agaknya pengalaman naik shinkansen ni..lajunye agaknya seberapa laju?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *